Top News :
Home » » Kisah Nyata: Mengapa Saya Meninggalkan Wahabi Salafi?

Kisah Nyata: Mengapa Saya Meninggalkan Wahabi Salafi?

Posted on Wednesday, 29 July 2015 | garis 12:57

Malaysia, Muslimedianews.com ~ Saya dilahirkan dalam iklim keluarga yang biasa-biasa sahaja.Bukan berlatar belakang agama sangat.Namun sejak di sekolah menengah, saya jatuh cinta pada agama. Saya sertai Kelas Hafazan Al-Qur'an hujung minggu bersama Ustaz Nakhaie, Dan saya senantiasa sibuk dengan membaca buku-buku agama,terutamanya terjemahan kitab-kitab hadith.

Dan ketika di tingkatan 4, saya terjumpa dengan Majalah-i terbitan Karangkraf. Dari situ saya mengenali Dr Mohd Asri (ketika itu belum mufti lagi) dan mula membaca tulisan-tulisannya. Kemudian secara tidak sengaja, saya terbeli sebuah buku terjemahan bertajuk "Sifat Solat Nabi" karangan Abdur Rahman Al-Jibrin.

Iniah titik permulaan saya mula memperbanyakkan pembacaan dan menonton video Dr Mohd Asri dan rakan-rakannya yang sealiran seperti Dr Fathul Bari.

Tamat SPM,masa terluang saya banyak habiskan dengan melayari internet, dan ketika itu, portal Al-Ahkam.Net sering saya kunjungi dan terkesan dengan perbincangan tentang 'sunnah' di situ.Sehingga akhirnya ada pergeseran berberapa ahli di AAN,saya berhijrah ke portal baru, Al-Fikrah.Net, sehinggalah saya menyambung pelajaran ke kolej.

Di Kolej, saya kerap berulang alik ke kuliah MAZA dan rakan-rakan sealiran.Kadangkala bertemu pelajar-pelajar UIA yang merupakan anak didik MAZA. Maka sejak itu saya amat bersungguh-sungguh mengikut 'sunnah' dan giat menentang 'ahli bid'ah'.Sering berdebat di forum dan sebagainya. Sehingga pada suatu tahap, sesama Wahabi pun saya tahdzir kerana pada pandangan saya, mereka tidak cukup 'sunnah' dan saya amat terkesan dengan pemikiran Rabi' bin Hadi Al-Madkhali dan Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i

Namun pada tahun 2011 ada seorang kenalan saya, seorang karkun mengajak saya hadir ke majlis pembacaan Mawlid di UIA Kuantan. Entah kenapa,saya setuju untuk ikut. Ketika itulah saya berkenal-kenalan dengan Mawlid Ad-Dhiyaa' Al-Lami' karya Al-Habib 'Umar bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz. Itulah detik permulaan saya berjinak-jinak cuba mempelajari manhaj dakwah para habaib. Rakaman pembacaan Mawlid Ad-Dhiyaa' Al-Lami' pula saya download dan perdengarkan setiap malam sambil saya teliti maksudnya.

Pada tahun 2012, setelah saya mula menguasai sedikit bahasa Arab, saya mula meneliti kembali tulisan-tulisan Muhammad bin Abdul Wahhab (pendiri Wahabi Salafi), terutamanya karya terbesar beliau, 'Kitab At-Tawhid'. Di situ saya merasakan adanya tanaqudh dalam cara mereka memahami tentang istawa dan ma'iyah Allah. Kononnya, mereka tidak terima takwil dan ambil zahir nas, tetapi hakikatnya tidak. Jadi saya mula memutuskan hubungan dan menjauhkan diri dari rakan-rakan 'sunnah' saya.

Lama kelamaan, saya mula menghadiri pengajian Habib Ali Zaenal Abidin di Setiawangsa, tetapi saya sering mengelak untuk duduk secara langsung di tingkat atas, sebaliknya saya 'curi dengar' dari tingkat bawah,atau kadang-kadang dari luar masjid.

Sehinggalah sekarang walhamdulillah, saya tidak ragu jika saya telah meninggalkan pemahaman yang nampak seperti pemahaman yang baik,lurus dan jelas.

Ya, saya ada kisah gelap saya tersendiri dengan berberapa individu yang berfahaman salafiyah wahabiyah,tetapi demi Allah, ia bukanlah sebab mengapa saya meninggalkan Wahhabi. Dan saya tidak hairan jika ada di antara mereka yang akan mengghibah, mencerca atau mungkin mengaibkan saya dengan pendedahan ini, maka itu sekaliannya saya maafkan dan jika ada hak mereka yang saya zalimi, saya sedia untuk memulangkannya kembali jika diberikan tempoh. Tetapi untuk kembali kepada pegangan mereka,sekali-kali tidak!


Oleh: Abu al-Hassan al-Bakkaniy, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - Aswaja.


Share this post
:
Comments
0 Comments

Post a Comment

 
Konten boleh dicopy dan disebarkan untuk dakwah | Cantumkan www.muslimedianews.com
Copyright © 2013-2014. Muslimedia News - Media Islam | Voice of Muslim - All Rights Reserved
RSS | Sitemap | MMN dan Redaksi | Disclaimer | Contact | Iklan
Support IT : MK | JT | MT and IT Muslimedia News